REGISTRI KEBANGSAAN PROGRAM PEMULIHAN
KANAK-KANAK KEKURANGAN ZAT MAKANAN (PPKZM)
Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak bawah enam tahun daripada keluarga miskin tegar. Ia mula dilaksanakan pada tahun 1989 di seluruh negara. Dalam program ini, kanak-kanak yang memenuhi kriteria kelayakan diberi bantuan makanan untuk membantu mereka memperolehi makanan yang seimbang dan berkhasiat, supaya dapat mencapai pertumbuhan fizikal dan mental yang optima. Kanak-kanak yang terbabit juga akan diberi rawatan sekiranya mengidap sebarang penyakit, imunisasi, pendidikan kesihatan dan jagaan kesihatan serta pengawasan yang rapi.
Pada tahun 2010, Program ini telah diperluaskan kepada kanak-kanak bawah enam tahun daripada keluarga miskin dan mudah miskin. Ini merupakan salah satu agenda kerajaan yang terdapat di dalam National Key Result Area (NKRA) bagi Nutrition Enhancement Programme.